Kaedah rawatan sakit buah pinggang CAPD

Author: Danita Labels::

Salam semua...

Rasa dah lama sangat saya x update blog ni.x sangka ada juga yg masih masuk ke dalam ruangan saya ini.terima kasih diucapkan.

Hari ini saya ingin bercerita tentang CAPD.Apa itu CAPD???

CAPD (Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis) adalah salah satu alternatif bagi rawatan sakit buah pinggang.Untuk pengetahuan jika kita kehilangan fungsi buah pinggang hanya ada 3 cara untuk rawatan iaitu:-

1.Transplant -pemindahan buah pinggang




-iaitu buah pinggang pesakit akan ditambah ye bukan di ganti sebab buah pinggang asal akan kelaman akan menyusut atau mengecut.kebiasaanya akan ditambah di bahagian depan badan,.
-untuk transplant ini pesakit biasanya akan menunggu penderma ataupun sebaiknya keluarga sendiri boleh mendermakan kerana manusia boleh hidup dengan hanya satu buah pinggang.
- sebaik-baik penderma adalah adalah keluarga dan masih hidup.
- jika tiada penderma dikalangan keluarga, mcm sayalah kenalah menunggu giliran waiting list menunggu.
-sebelum ni saya ada mendapat donor tetapi terpaksa menolak kerana si donor mengalami strok sebelum meninggal dan fungsi buah pinggang nya tinggal 50%.so doc ada bgtau maybe boleh befungsi dlm 2 tahun je.so saya x nak amik risiko tu.

2. Hemodialis

-yang ini ramai yg tahu iaitu cuci darah di hospital ataupun klinik swasta menggunakan mesin selama 3-4 jam
-yg ni saya x berapa expert sgt sbb x de pengalaman sangat.


Fistula Photo


3.CAPD(Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis)

C Continuous Dialysis carries on all the time.
A Ambulatory Unlike Haemodialysis you can move around as normal and carry out your daily activities.
P Peritoneal An enclosed layer of tissue where Dialysis takes place. The Peritoneal surrounds your intestines.
D Dialysis Dialysis removes waste products from your blood.




-dilakukan di rumah kalau boleh didalam satu bilik khas yg bersih selalunya 4 kali sehari
-mengambil masa lebih kurang 30 minit
setakat ni saya dah 6 tahun menggunakan kaedah ini dan saya sangat selesa ngan kaedah ini
-tidak menyakitkan
-bebas bergerak dan badan sihat kerana kita dialisis 4 kali sehari dibandingkan hemodialisi seminggu hanya 3 kali
-boleh minum air lebih sket asalkan seimbang air dalam badan dan tidak berlebihan
-senang nak melancong atau pun bekera

setakat ini sahaja penerangan tentang kaedah rawatan sakit buah pinggang.diharap dapat membantu serba sedikit yg memerlukan info tentang sakit ini. Insyaallah dimasa akan datang saya akan bercerita lebih detail tentang CAPD.

5 comments |
  1. ayah saya menggunakan kaedah capd baru 8bln.selama 8bln ini kakak saya yg melakukannya dan ayah tinggal bersama2nya tetapi sekarang ini terjadi beberapa masalah kerana kakak saya terpaksa merawat ayah,nurse memberitahu bahawa hanya seorang sahaja yg blh lakukan capd terhadap ayah...dan mungkin keadaan kakak saya stress kerana aktivitinya terbatas...kami adik beradik ingin mengupah orang melakukan dialisis tersebut adakah anda rasa ianya sgt bagus,ayah saya sudah berumur 72thn,adakah dia boleh berdikari melakukannya sendiri,ibu saya ingin menolong tetapi bagaimana caranya?adakah ibu boleh melakukan tugas tersebut?apakah agak susah untuk ibu saya belajar?

  1. mohon sangat2 kepada cik puan punya blog ini tolong hubungi saya di email masterzaki@gmail.com atau hp saya 019-6352835. ini kerana saya perlukan bantuan nasihat untuk rawatan CAPD ini. tolong sangat2 ye. terima kasih.-zaki

  1. Klu bole sy thu berapa kos utk memiliki mesin ni

  1. Klu bole sy thu berapa kos utk memiliki mesin ni

  1. Adakah mmg kena ada blk khas ke? Dan perlu ke bilik tu berhawa dingin? Sbb sy igt nk bt pilihan capd ni utk rawatan buah pinggang ayah saya.

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

apa ada disini


Powered By:Blogger Widgets

jom borak


ShoutMix chat widget
banner 1 banner 2