Petua Mendapat anak Soleh

Author: Danita Labels:: ,





















Salam semua...


Di akhir-akhir ini, kita lihat pelbagai masalah sosial melanda di kalangan kita.setiap hari kita melihat pelbagai jenayah,vandalisme dan aktiviti tidak sihat mempelopori tajuk di dada-dada akhbar.inikah perangai manusia di akhir saman ini???

Pelbagai gejala sosial mula tumbuh bak cendawan contohnya budaya merempit.macam tidak berkesudahan masalah ini.dan juga bertambahnya anak derhaka sehingga sanggup membunuh ibubapa sendiri dan membuat perkara2 yg menyakiti ibubapa mereka.

Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit sebanyak petua untuk mendapat anak yang soleh disamping kita sentiasa berdoa kepada allah s.w.t.

Petua mendapat anak Soleh & Solehah

Semua petua ini diamalkan semasa mengandung

1.Surah Yusuf,
B
aik diamalkan kerana ia akan melahirkan anak lelaki yang baik dan menjadi orang yang beruntung serta di jaga dari perilaku yang terlarang dibacakan Dari 0 hingga 3 bulan

2.
Surah Lukman
Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Sebaiknya dibacakan Dari 4 hingga 6 bulan

3.
surah mariam
memudahkan ibu bersalin dibacakan Dari 7 hingga 9 bulan

4.Sentiasa mengingati allah dan banyakkan meminta ampun dan taubat supaya hati kita menjadi bersih.Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.

5.Sentiasa tenang dan gembira supaya bersedia dengan apa jua yang mendatang.Bila emosi tenang pertumbuhan bayi akan berjalan lancar dan menghasilkan bayi sihat,comel serta cerdas

6.Banyakkan berbuat ibadah dan meninggalkan semua yang di larang tuhan

7.Berakhlak mulia kerana semua tingkahlaku kita akan memepengaruhi sikap anak yang dikandung.

ok itu sahaja yang dapat saya kongsikan dari pembacaan saya.sbb saya pun belum ada anak lagi.hehehhh

bye...jumpa lagi


2 comments |
  1. petua yg baek :)

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

apa ada disini


Powered By:Blogger Widgets

jom borak


ShoutMix chat widget
banner 1 banner 2