terkenang semasa dulu.....
Author: Danita Labels:: diari
hehhe.bukan lagu P.ramlee tuh.ni aku nak citer sedikir sebanyak siapa aku.aku dulu-dulu ler.tp x lah tua sgt aku nih...
aku org johor.anak ke 3 dari 3 beradik.yg mana aku sorang perempuan yang lain adalah abang-abangku.aku dulu tomboy yelah mana taknya hari-hari aku di"wrestling" oleh abg-abg ku.heheh.best teringat masa kecik ku.jarak aku ngan abg no.2 tuh adalah 6 tahun.so mmg dia jelous sangat dengan aku sebab dia ingat dia dah bongsu dah...padan muker dia....hahaha
keluarga aku nak kata senang x, susah pun x jugak.bapak aku anak ketua kampung.yang mana atuk aku tu orang yang bukak kampung tuh.Tapi bapak aku suker berdikari.konon x nak menyusahkan bapak dia ler.
Nak ikutkan kawa-kawan sebaya aku semua senanglah hidupnya.ni citer x tipu tau betul punya.mak aku dulu penoreh getah.so dulu aku sekolah menengah sebelah petang.waktu tu Form 1-3.pagi aku kena tolong mak aku punggut getah sekerap.hmmm benda paling aku x suker.busyukkkk.tapi apa nak buat kena paksa.huhuhuh
angkat sebaldi getah sekerap tu memang berat la untuk budak sebaya aku.hmm bayangkan la penatnya aku time tuh.so lepas siap semua, aku balik.mak aku tak balik lagi waktu tuh.Dia sambung menoreh lak.so, aku balik masak untuk bawak bekal untuk bawak pergi sekolah.menu utama aku ialah nasi putih, bilis yang digoreng ngan bawang,cili api pastu letak telur mata kerbau ngan kicap.pehhhhh sedap...masa tu la...
pastu aku mandi,dalam pukul 11 aku dah kayuh basikal dengan tangan yang busyuk (basuh camner pun x hilang tau).jauh tau kayuh dalam 7 batu.pulak tu jalan separuh tanah merah separuh jalan yang nak diturap baru letak batu kerikil tuh.bayangkan...seminggu 2.3 kali basikal aku pancit.kalau hujan lak seksa...kasut bungkus ngan plastik pastu tangan pegang payung sambil kayuh basikal.sampai sekolah kejang tangan.heheheh
Balik pulak, kul 6.45 sampai rumah dalam pukul 8++ la.itu kalau tidak terjadi apa2 lah macam pancit ke atau basikal rosak.fuhhhh.kalau dingat-ingat balik sekarang entah mampu ke tidak nak buat semua tu.hmm tapi banyak la yang sweet memori.tidak semua orang melalui benda yang aku lalui ni.aku bersyukurrr sangat apa yang aku ada.
itu lah sedikit sebanyak tentang aku masa kecil.maybe next time aku sambung lagi kisah hidup aku....byee...