Punca - punca penceraian
Author: Danita Labels:: motivasi, tips rumahtanggasalam semua..
cerai???hmm seram dengar perkataan tu.yelah siapalah yang nak dan suka bercerai.baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penceraian bintang badminton kita Roslin Hashim.
ok oleh itu, aku mengambil kesempatan menulis tentang punca-punca penceraian ini berdasarkan pemerhatian, pembacaan dan juga dari ceramah Dato' Fadzilah Kamsah.
1.Tiada restu ibu bapa
yang ni aku rasa punca utama penceraian.sebab apa aku cakap macam tuh.sebab dikeliling aku sahaja(adik beradik,saudara mara) yang perkahwinanya tidak direstui memang hidupnya susah.selalu bergaduh, sempit rezeki, anak-anak problem dan macam-macam lagi.
2. Campur tangan keluarga
sepatutnya bila kita dah kahwin makbapak kita x kira belah lelaki ke perempuan ke tidak lagi masuk campur tangan apa-apa pun keputusan yang dibuat.ni sampaikan bab-bab nak besarkan anak pun nak campurtangan.lainlah kita yang minta nasihat.
3.terlampau banyak perbesaan.
dahulu masa bercinta semua wangi.bau sendawa yang makan petai pun dikatakan wangi.uwekkk.hehehe.apabila sudah berkahwin, duduk serumah barulah tau perangai masing2.ni saya cakap kepada yang dah berkahwin.tentu faham maksud saya.hehhe.berbeza kan masa bercinta dengan sesudah berkahwin.bila terlampau banyak sangat perbezaan, tu yang terjadinya penceraian.kira kejutan budaya la.
4.tiada komunikasi
bila seorang ada masalah, pendam sahaja.pendam punya pendam bila meletup sahaja terus "aku ceraikan ko talak 3"Nauzubillah.
5.tidak solat
sepatutnya orang leaki jadi pembimbing, tetapi bila dah kahwin hanyutttt gak.sebab bila tidak solat kita semakin jauh dengan tuhan.rumahtangga pun berantakkan sebab fikiran banyak dipengaruhi syaitan dan nafsu.
6.masalah seks
memanglah seks adalah salah satu tujuan perkahwinan.bila masalah ini timbul sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan dan jugak kehidupan berumahtangga.
7.usia muda berkawin
jika diperhatikan trend sekarang,ramai yang kahwin muda.elok memang elok sebab boleh mengelakkan maksiat.tetapi ada juga keburukannya.mungkin ramai yang tidak puas enjoy.umur 21 sudah ada tanggungjawab besar.bela anak dan urusan rumahtangga.bila melihat kawan2 yg sebaya boleh bersuka ria, sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan berumahtangga
ok itu sahaja yang dapat aku senaraikan.bukan apa tujuan tulisan ini sedikit sebanyak menjadi pedoman dan ingatan kepada kita semua begitu juga aku.
jumpa lagi...
awak lupa satu..
punca main skali sumer.
takde or tak cukup keimanan dlm jiwa kapel itu..
ingat ..
hehe.
dr sy si penunggu subuh