Penyakit darah tinggi

Author: Danita Labels::

salam semua,



Aku tahu dapat sakit ni masa memula discover sakit buah pinggang .memula tuh asyik sakit kepala jek, semcm nak kata migrain tp lain berat jek kepala, dan lagi satu asyik nak maraj jek.aku jd seorang yg panas baran dan suker merajuk( tu aku bila pikir2 balikla , sbb skang aku ok jek bila dah mkn ubat), so ni aku nak share serba sedikit apa itu darah tinggi

Biasa bacaan dia 130/80 kalau lebih dah kira tinggi, aku penah rasa bacaan bp aku 210/120 tp rilek jek cuma mcm lalok sket melayang2, doc naik seram tgk aku, warded tp kepala x pening , nak bangun dr katil pun x kasik, aku lak bangsa kalau dah baring jek angin x nak kuar kekekke, dah x sedap satu badan...

Jenis-jenis Darah Tinggi

Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.




Hipertensi Sekunder

Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:

  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi

Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-

  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata

Gejala

Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-

  • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
  • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
  • Tercungap-cungap
  • Pandangan yang Kabur
  • Pendarahan di hidung yang sering berulang
  • Sakit kepala yang berterusan
  • Pening

Rawatan

Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

  • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
  • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
  • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
  • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
  • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna


Elakkan


  • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
  • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
  • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
  • Merokok
  • Minuman beralkohol
  • Kekurangan senaman
  • Kerisauan
  • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan
So, jagalah kesihatan anda,kerana dah dapat penyakit ni mmg susah nak kontrol, nak hilang nikmat dunia org kata, sebenarnya sume kena bersederhana dari sume segi, so fikir2 kan lah hehehe

Bye...

*kredit to http://pmr.penerangan.gov.my



1 comments |
  1. mcm mna sy nk pastikan yg sy btol2 ada penyakt buah pinggang?? kebanyakan tnda2 yg anda nyatakan berlaku pd sy..

Post a Comment

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

apa ada disini


Powered By:Blogger Widgets

jom borak


ShoutMix chat widget
banner 1 banner 2