Semanis kurma...
Author: Danita Labels:: motivasi, tazkirahhai salam semua..
Siapa tahu rancangan ini.Rancangan ini selalunya disiarkan pada hari jumaat di tv9.Dan aku berkesempatan menonton siaran ulanganya pada hari jumaat lepas.Tajuk untuk kali ini ialah "Air mata ibu".Ahli panel ialah pelakon Aznah Hamid dan anaknya, Sheera Iskandar dan seoravng lagi dilindungi identitinya.
so banyaklah yang dibincangkan mengenai tajuk ibu nih.so aku bukan nak bercerita mengenai topik ini tapi ingin berkongsi apa yang diluahkan oleh ibu yang tidak didedahkan identitinya itu.
Ceritanya macam ni...
Dia berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.Tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan dia diceraikan oleh suaminya dengan talak 3 sewaktu dalam pantang melahirkan anak yang bongsu.kiranya cerai cara yang baik.semua anaknya mengikut ayahnya dan ayahnya berjanji akan membenarkan si ibu berjumpa anaknya pada bila-bila masa.
Tetapi itu semua hanya helah sang suami.si suami langsung tidak membenarkan kakak ini melihat anak-anaknya.Bertahun-tahun dia meratapi dan merindui anak-anaknya.berhari-hari dia berdoa semoga bekas suaminya membenarkan dia berjumpa anak-anaknya.
Pada satu hari doa kakak ini didengar oleh Yang Maha Esa.Dia dapat berjumpa dengan anak sulongnya,lelaki.Si anak ini menetap bersama ibunya.Tetapi tidak diduga anak yang dirinduinya selama ini, membuat perkara yang amat keji..anak ini merogol ibunya sewaktu ibunya nyenyak tidur.....
Si ibu terkejut bila terbangun dari tidur si anak duduk di kaki ibunya,merayu-rayu meminta ampun dan maaf.si ibu terkejutdengan pengakuan si anak.bagai halilintar rasanya...si ibu dimasukkan dihospital dan dia terkejut kerana si anak telaah mengaku kepada doktor dia yang merogol ibunya.sungguh malu si ibu kepada doktor2 dan nurse dikelilingnya.
semenjak peritiwa tu banyak kali lagi si ibu disakiti hatinya.malah pernah menyeksa si ibu dengan mengheret, acu pisau dan macam-macam lagi.di satu peringkat si ibu tidak dapat memaafkan perangai si anak.sehinggakan ibu ini menyumpah dengan anak derhaka dan tidak akan mengaku si anak ini dunia akhirat.si ibu juga menyumpah anak ini akan mati kemalangan.tetapi anak ini hanya menganggap sumpah ini hanya kisah dongeng.kurang ajar betull....fuhh begitu dasyat cerita ini aku dengar...tidak pernah aku mendengar kisah seperti ini.
Ustazah Bahayah menasihatkan si ibu jangan sampai bercakap macam itu,kerana doa ibu adalah mustajab.si ibu kata hati dia sangat terluka.tidak mugkin dia dapat menarik balik sumpah itu.hussshhh janganlah sampai anak cucu kita yang macam itu yer ..Nauzubillah...
oleh itu janganlah kita sakiti hati ibu kita,dunia akhirat kita tidak senang dab neraka tempat kita.....
itulah serba sedikit aku nak share...byee...